PASUKAN Hoki Terengganu (THT) terus kempunan untuk menjulang Piala Sumbangsih musim ini apabila gagal menyekat kemaraan KLHC buat kali kelima berturut-turut dengan kekalahan 5-4 menerusi penalti ‘shoot out’ di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Burok, petang tadi.

Pada perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula garang dengan melancarkan serangan ke gawang masing-masing, namun benteng pertahanan terus kental mengekang beberapa percubaan daripada membolosi pintu gol.

Begitupun kem tuan rumah terlebih dahulu mencemaskan gawang pelawat menerusi percubaan Joaqin Menini pada minit ke-13, namun pukulan kemasnya sekadar melepasi palang gol.

Sebaliknya pelawat yang bangkit melancarkan serangan balas akhirnya berjaya membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan dengan cemerlang bekas pemain THT musim lalu, Jang Jonghyun pada minit ke-16 untuk berada di depan.

Tersentak dengan jaringan itu, kem tuan rumah kembali memperkemaskan rentak permainan dan Joaqin Menini sekali lagi hampir menyamakan kedudukan pada minit minit ke-22, bagaimanapun gagal menemui gawang gol.

Dua minit berselang, skuad kendalian Lim Chiow Chuan terus selesa di depan apabila Muhammad Hafizuddin Zaidi berjaya mengukuhkan kedudukan KLHC menerusi gol padang.

Tuan rumah yang memiliki deretan peluang untuk merapatkan jurang kedudukan bagaimanapun gagal dimanfaatkan dengan cemerlang Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran dan Lopez Barreiros pada minit ke-25.

Pulang skuad kendalian Sarjit Singh untuk merapatkan jurang kedudukan hadir pada minit ke-35 apabila Faizal Saari berjaya melepasi benteng pertahanan, namun usaha menewaskan Roslan Jamaluddin menemui jalan buntu.

Usaha tuan rumah dalam mencari jaringan akhirnya tertunai pada minit ke-44 menerusi pukulan sudut penalti yang sempurnakan dengan kemas Faizal Saari untuk kedudukan 1-2.

Dua minit sebelum tamat perlawanan, THT berjaya menyamaan kedudukan 2-2 menerusi penalti ‘stroke’ yang disempurnakan dengan kemas pakar pukulan sudut penalti dari Argentina, Gonzalo Peillat sekaligus mengheret perlawanan ke penentuan penalti ‘shoot out’.

Begitupun KLHC akhirnya berjaya mempertahankan kejuaraan musim lalu menerusi kemenangan mutlak 5-4 pada aksi penalti ‘shoot out’.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGNU - Pengendali skuad Hoki Terengganu, Sarjit Sigh menuntut anak buahnya kembali fokus dalam aksi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) setelah lima kali percubaan mereka untuk menjulang Piala Sumbangsih menemui kegagalan selepas tunduk kepada juara bertahan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-5 di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, kelmarin.
  • JUARA Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia (MHL) 2017, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menarik nafas lega setelah layak ke final Piala TNB dengan menundukkan pasukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Hoki Tun Razak, malam tadi, menerusi penentuan pukulan penalti.
  • KEMENANGAN Kedah merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan malam tadi disifatkan sebagai hadiah sempena Hari Keputeraan Ke-89 Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah.
  • JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terpaksa akur kalah bermaruah kepada Kedah selepas tewas 4-5 menerusi sepakan penalti dalam aksi pembukaan Liga Super, Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, semalam.