LIVERPOOL enggan mengangkat bendera putih dalam usaha mendapatkan pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita meskipun bidaan mereka sebelum ini ditolak kelab berpangkalan di Jerman itu.

Difahamkan, The Reds mengemukakan tawaran sebanyak £57 juta buat pemain itu, namun Leipzig menegaskan pemain tersebut bukan untuk dijual.

"Kami akan cuba meningkatkan tawaran untuk Keita, lagipun dia memang ingin menyarung jersi Liverpool.

"Jadi, kita akan cuba sebaik mungkin untuk berurusan dengan Leipzig," katanya.

Keita yang mempunyai kontrak sehingga 2020 telah membuat 31 penampilan Bundesliga untuk Leipzig musim lalu dan menjaringkan lapan gol.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp tidak berminat untuk menoleh kembali catatan buruk pemain baharunya, Mohamed Salah ketika pemain itu bersama Chelsea tiga tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.