KAPTEN Chelsea, John Terry akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan di akhir musim ini.

Masa depan pertahanan berusia 36 tahun menjadi spekulasi selepas khidmatnya di Stamford Bridge dilihat kurang mendapat peluang.

“Kami sudah berbincang  dan telah mempertimbangkan segalanya, saya telah memutuskan ini adalah waktu yang tepat bagi saya untuk pergi.

"Saya selalu sedar bahawa saya pergi di waktu yang tepat, dengan cara yang tepat, dan saya merasa bahawa akhir musim ini adalah waktu yang tepat bagi kelub dan saya,” katanya.

Tambahnya, dia yang akan berhijrah ke pasukan lain merasa dirinya masih mampu untuk beraksi di atas padang.

Bagaimanapun, Terry faham tentang peluang untuk dirinya di Chelsea akan membataskannya.

Sejak melakukan debut bersama Chelsea pada tahun 1998, Terry sudah tampil 713 kali dan memenangi 14 gelaran juara bersama Chelsea.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENAJA utama pasukan Kedah, ECK Sdn Bhd menganjurkan pertandingan mereka kemeja T yang akan dipakai oleh penyokong Hijau Kuning bagi musim 2018.
  • TONGGAK Selangor, Adam Nor Azlin mengesahkan sedang dalam proses perbincangan dengan pasukan yang akan menjadi destinasi terbarunya musim depan.
  • PENGENDALI UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui, pasukannya kini berdepan tugas sukar selepas kehilangan khidmat dua tonggak importnya, Akanni Sunday dan Do Dong-hyun yang sudah disambar pasukan lain.
  • KELANTAN bakal menjadi pasukan kedua wajibkan semua pemain menutup aurat apabila beraksi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.