KETUA Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tidak memandang rendah kemampuan lawannya, UiTM FC apabila turun beraksi di Stadium UiTM Shah Alam petang ini.

Walaupun menghormati lawannya itu, namun Irfan berharap pemainnya dapat beraksi di tahap terbaik untuk mencuri tiga mata di tempat lawan.

"Memang saya hormati mereka. UiTM bukan lagi team underdog kerana mereka mempunyai pemain import yang berbisa seperti Akanni Sunday.

"Jadi, kita tidak akan memandang rendah mereka sebaliknya akan tampil dengan barisan terbaik dan berharap untuk mencuri tiga mata di sini," katanya.

Tambah Irfan, pasukannya kini perlu mengutip mata demi mata dalam setiap perlawanan memandangkan perjalanan liga masih lagi panjang.

Ujarnya, ini penting bagi memastikan pasukannya terus mengukuhkan cengkaman selaku dua pasukan terbaik Liga Perdana 2017.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JURULATIH UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui ketumpulan jentera penggempur menyaksikan pasukannya tewas 1-3 kepada Kelantan pada aksi pembuka tirai Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Kota Bharu, malam tadi.
  • PENGENDALI UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail boleh menarik nafas lega apabila dua tonggak importnya dikekalkan bersama pasukan itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.