DUA pemain lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan dan Ivan Yuen mengalami nasib berbeza pada perlawanan kelayakan pertama kejohanan skuasy Terbuka British, semalam.

Mohd Nafiizwan yang juga pemain utama negara, mara ke perlawanan kelayakan terakhir selepas menewaskan Bradley Masters dari England 8-11, 11-7, 11-3, 11-4 pada kejohanan yang diadakan di Universiti Hull.

Menurut laman web kejohanan www.britishopensquash.com, beliau akan berdepan seorang lagi pemain England, Adrian Waller yang menewaskan rakan senegaranya, Patrick Rooney 11-6, 8-11, 11-3, 11-2 dalam satu lagi aksi pusingan kelayakan.

Ivan, bagaimanapun, tersingkir daripada kejohanan selepas tewas kepada pemain Perancis, Gregoire Marche 11-9, 7-11, 11-7, 4-11, 2-11.

Sementara itu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang juga juara lima kali kejohanan akan membuka kempennya menentang Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat di pusingan pertama esok.  - Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN skuasy wanita negara berpeluang cerah untuk pertahankan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), namun pasukan lelaki menamatkan saingan selepas buat pertama kali gagal menempa tempat ke final.
  • KEHEBATAN pemain skuasy negara terserlah apabila berjaya mengutip dua pingat emas pada final acara beregu lelaki dan wanita pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini semalam.
  • ACARA skuasy Sukan SEA Ke-29 yang dijadual bermula 9 pagi hari ini, ditangguhkan berikutan bas yang membawa atlet daripada Thailand, Myanmar dan Filipina terbabit dalam kemalangan.
  • BARISAN pemain negara mendapat laluan mudah apabila mendapat 'bye' pada pusingan pertama acara skuasy pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula 21 Ogos ini.
  • MEMBIMBANGKAN. Itu situasi sesuai bagi menggambarkan trend peletakan jawatan satu demi satu pemain muda skuasy negara daripada skuad kebangsaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.