HAJAT pasukan Terengganu City FC (TCFC) untuk membawa bekalan selesa tidak kesampaian apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika turun melayan kunjungan Felcra FC dalam aksi suku akhir pertama saingan Liga FAM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula dengan garang apabila masing-masing berbalas serangan ke gawang gol dalam mencari jaringan awal.

Bagaimanapun kem tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi rembatan cantik kapten pasukan, Zairul Anuar Zailani pada minit ke-13 melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk membawa TCFC di depan.

Pelawat yang mengandakan rentak permainan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Mohd Alif Shamsuddin pada minit ke 23 hasil sepakan penjuru yang disempurnakan dengan kemas Mohd Farhan Mustafa.

Dua minit berselang skuad kendalian Roshadi Wahab hampir kembali di depan menerusi percubaan Zairul Anuar Zailani, namun penjaga gawang The Rival terlebih dahulu bertindak cemerlang menafikan hajat tuan rumah.

Perlawanan menjadi semakin sengit dengan asakan bertali arus dan kem pelawat turut berpeluang menambah jaringan menerusi percubaan liar Mohd Haziq Muiz Abdul pada minit ke-33, namun gagal menemui jaring gol.

Enam minit selepas itu, kem tuan rumah sekali lagi gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk menambah jaringan hasil sepakan percuma Zairul Anuar Zailani yang sekadar melambung tinggi.

Bersambung babak kedua memperlihatkan masing-masing memperkemaskan rentak permainan dan  kem tuan rumah nyaris menggandakan jaringan pada minit ke-46 hasil hantaran lintang Mohd Asysham Asri namun gagal disudahkan dengan cemerlang, Saiful Nizam Abdullah.

Begitupun kem The Rival turut mempamerkan aksi penuh berdisplin apabila berjaya melepasi benteng pertahanan tuan rumah, namun beberapa percubaan merbahaya berjaya dipatahkan penjaga gawang The Sharks, Mohamad Syamsuri Mustafa.

Keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan apabila masing-masing terus buntu dalam menambah jaringan pada aksi babak kedua perlawanan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (LTHT) berjaya merampas takhta liga dengan mengutip tujuh mata setelah meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas kem Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah dalam aksi ketiga saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) -Wanita di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, kelmarin.
  • PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) tidak menghalang pemain mudanya, Akhyar Rashid mengembangkan kerjaya sebagai pemain bolasepak profesional di luar negara jika mendapat tawaran lebih baik.
  • “SAYA kecewa dan marah kerana ini bukanlah sebuah perlawanan yang bagus.
  • HENRIKH Mkhitaryan meluahkan kegembiraannya apabila impian menyertai Arsenal menjadi kenyataan.
  • KEPONG Premier FC menyasarkan mara ke pentas akhir Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017/18 selepas menempatkan diri beraksi di pentas peringkat kebangsaan.