TEWAS 5-0 kepada T-Team disifatkan sebagai satu tamparan besar kepada Kedah supaya kembali bangkit pada perlawanan seterusnya di samping fokus membaiki kesilapan agar tidak berulang lagi.

Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, baginya keputusan berkenaan antara perlawanan yang mengecewakan berikutan bolos besar kepada lawan.

Jelasnya, kegagalan pemain-pemainnya mengawal emosi menyaksikan banyak kesilapan individu yang dilakukan selepas Kedah beraksi dengan 10 pemain.

"Saya akui ini adalah satu tamparan yang hebat namun pemain-pemain perlu belajar sesuatu kerana mereka perlu tahu untuk membezakan perkara lebih penting berbanding memberi fokus kepada perkara kecil," katanya.

Cheng Hoe berkata, kesilapan individu jelas ketara selepas Rizal Ghazali dilayangkan kad merah sehingga tuan rumah berjaya memperolehi 3 gol selesa sebelum tamat separuh masa pertama.

Menurutnya, usaha Kedah untuk memberi saingan pada babak kedua gagal selepas T-Team berjaya mengawal perlawanan sekaligus menambah dua lagi gol menyaksikan Mohd Nor Hakim Hassan muncul wira T-Team dengan jaringan hatrik pada minit ke 37, ke-59 dan ke-64.

Dua lagi gol menerusi Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-9 dan Muhammadao Samassa pada masa tambahan separuh masa pertama.

"Gol awal tuan rumah dan kad merah yang diperolehi membuatkan tumpuan, motivasi dan keyakinan pemain Kedah menurun," katanya.

Kedah akan meneruskan kempennya pada Suku Akhir Kedua Piala FA 2017 dengan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Ipoh pada Jumaat ini.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYOKONG Hijau Kuning dinasihatkan usah terlalu emosi apabila kerajaan negeri berhasrat membina sebuah stadium bola sepak baharu berkapasiti 60,000 penonton, demi untuk keselesaan semua pihak.
  • KELAB Penyokong Kedah, Jaguh Utara FC (JUFC) mengadakan majlis doa selamat, tahlil dan bacaan Yasin buat pasukan mereka yang bakal memulakan kempen Liga Malaysia musim 2018 pada minggu hadapan.
  • KENARI Kids menjadi salah satu medan menyediakan bakat berkualiti di peringkat akar umbi buat Kedah dan sehingga kini mereka sudah mempunyai lebih 1,200 peserta berdaftar di seluruh negeri.
  • KEHADIRAN semula lima pemain muda Kedah dari skuad Malaysia Bawah 22 Tahun berjaya memberi banyak pilihan kepada pasukan tersebut untuk mengilirkan pemain dan hasilnya mereka gah membenam Kelantan 5-0 pada perlawanan ke-18 Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.
  • PENYERANG Kedah, Ken Ilso Larsen menyifatkan persefahaman di kalangan semua semakin baik berbanding kehadiran awalnya bersama pasukan tersebut musim ini.