PENYANDANG juara, Kedah akan menurunkan kesebelasan terkuatnya menjelang suku akhir pertama Piala Malaya menentang Selangor yang dijadualkan hujung minggu ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, semua pemain utamanya yang bersama skuad kebangsaan sebelum ini kembali semula selepas dikecualikan aksi akhir Kumpulan C Piala Malaysia menentang Kelantan, kelmarin.

Menurutnya,  Hijau Kuning bersedia memberikan aksi terbaik untuk memburu bekalan selesa di laman lawan.

“Saya lihat semua pemain import bersedia untuk meneruskan momentum pada peringkat suku akhir selepas lebih sebulan berehat dan mereka akan digandingkan semula bersama semua pemain kebangsaan pada perlawanan seterusnya.

“Tahniah juga kepada semua pemain muda kerana mengalas tugas dengan baik untuk menang tanpa bolos dan saya harap mereka mampu mengekalkan rentak ini,” katanya.

Biarpun berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan pemain pelapis beliau berkata, mereka memerlukan lebih masa dan perlawanan lagi untuk menggalas tugas di peringkat lebih tinggi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • THE Red Giants menjangkakan tentangan sengit Perak apabila kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.
  • PENYOKONG The Red Giants sudah lama menantikan Selangor kembali bermain di Stadium Shah Alam sekurang-kurangnya untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.
  • SEMANGAT juang dan disiplin tinggi semasa beraksi di Stadium Shah Alam kelmarin menjadi kunci kejayaan Selangor menumpaskan PKNS FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia.
  • PENOLONG kapten Selangor, Razman Roslan tidak menganggap pasukannya mendapat laluan mudah walaupun diundi bersama Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur dalam Kumpulan B saingan Piala Malaysia musim ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.