PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan merangkul kejohanan siri super Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum hari ini.

“Tahniah @LeeChongWei! Pertarungan sengit dan kemenangan yang wajar terhadap Chen Long. #KamiTeamMalaysia,” kata Najib dalam twitternya, malam ini.

Chong Wei mengakhiri episod kemarau lapan bulan tanpa gelaran selepas mengalahkan bekas juara dunia dari China itu dengan keputusan 21-14, 21-19 dalam masa 46 minit di pentas final, sekali gus merangkul gelaran kelima kejohanan itu selepas 2009, 2010, 2013 dan 2015.

Kejayaan pemain negara berusia 35 tahun itu adalah kali kedua musim ini selepas All-England Mac lepas. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SAINGAN pembuka tirai 2018 pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters dijangka sengit dengan kehadiran barisan pemain terbaik dunia untuk menyertai kejohanan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 16 hingga 21 Januari ini.
  • JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Siri Super Akhir Dunia di Dubai, hari ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempat ke separuh akhir Siri Super Akhir Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu selepas mendahului Kumpulan A.
  • “KITA jangan risau pasal (usia) (Datuk Lee) Chong Wei, tapi kita kena risau dengan prestasi pemain lain.
  • JAGUH perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing layak ke saingan Siri Super Akhir 2017 selepas menghuni kelompok lapan terbaik dalam ranking Super Siri musim ini.