PENGURUS Perancis, Didier Deschamps memuji semangat juang pemainnya walaupun bermain 10 pemain, namun berjaya menewaskan England  3-2  dalam aksi persahabatan di Stade de France awal pagi semalam.

Deschamps berkata, kemenangan itu penting selepas Les Bleus  tewas kepada Sweden dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

"Saya masih menyesali kekalahan kepada Sweden sebelum ini. Jadi bila memenangi perlawanan persahabatan ini, ianya sesuatu yang hebat tambah pula bila beraksi 10 pemain.

"Tabik hormat kepada pemain saya. Mereka mempunyai semangat juang untuk terus mencipta banyak peluang serta menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam perlawanan ini," katanya.

Pada perlawanan itu, Perancis terlebih dahulu mendahului 2-1 selepas tamat separuh masa pertama.

Namun bersambung di babak kedua, Raphael Varane dibuang padang selepas mengasari Dele Alli dalam kotak penalti sekali gus memberi peluang England menyamakan kedudukan.

Walaupun hanya beraksi dengan 10 pemain, Ousmane Dembele muncul wira tuan rumah dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JURULATIH Perancis, Didier Deschamps memuji persembahan anak buahnya ketika menundukkan Jerman 2-0 di separuh akhir, awal pagi semalam.
  • WALAUPUN berjaya layak ke peringkat kalah mati, namun masih ada sesuatu yang menggusarkan pengendali Perancis, Didier Deschamps berdasarkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang menyaksikan pasukannya hanya sekadar seri 0-0 dengan Switzerland, awal pagi semalam.
  • PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps mengkritik kualiti padang di Stade Velodrome yang disifatkan terlalu teruk.