PASUKAN berstatus kelab T-Team tekad menamatkan kemarau kemenangan di gelanggang sendiri ketika turun melayan kunjungan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Kali terakhir skuad The Titans mengutip tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri pada 4 Februari lalu, ketika bertemu Pulau Pinang dengan kemenangan tipis 1-0.

Meksipun berdepan perlawanan sukar, namun pengendali pasukan T-Team, Rahmad Darmawan mengakui ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekiranya pemain memberikan komitmen terbaik mereka selain sentiasa fokus sepanjang perlawanan itu nanti.

Menurutnya, pemain perlu menguasai bahagian tengah jika mahu menumpaskan pasukan lawan memandangkan skuad Helang Merah memiliki pemain berkualiti di posisi itu termasuk awang importnya.

“Kita tahu bahawa perlawanan esok (malam ini) bukan sesuatu yang mudah buat kami kerana mereka bukan sahaja memiliki ramai pemain berkualiti bahkan turut menyarung jersi kebangsaan.

“Jadi saya sudah ingatkan pemain agar sentiasa mengawai pergerakan pasukan lawan dan tidak sesekali memberi laluan mudah buat mereka dan mengharapkan pemain dapat mengulangi rentak permainan sebagaimana bertemu Perak, Sabtu lalu,” katanya.

Mengulas lanjut persiapan pasukan, ketua jurulatih kelahiran Indonesia itu mengakui, sudah mempersiapkan barisan terkuat bagi menyaingi kehebatan Kedah, selain mengharapkan pemain dapat memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengejutkan skuad  kendalian Tan Cheng Hoe.

Katanya, kehadiran semula Farhod Tadjiev daripada penggantungan, sedikit melegakan pasukan dalam memantapkan lagi jentera serangan, bagaimanapun masih dalam keraguan untuk diturunkan apabila pemain masih dibelenggu masalah kecederaan kecil.

“Kita akan tengok macam mana tahap kecergasan Farhod dan kalau dia berada di tahap terbaik, saya akan turunkannya esok (malam ini).

“Sekiranya sebaliknya, kita juga sudah bersedia dengan beberapa perubahan pemain termasuk taktikal dan saya harap pemain dapat melakukan setiap perancangan pasukan dengan baik selain memastikan bentang pertahanan mampu merantai pergerakan jentera serangan Kedah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN berstatus kelab T-Team mengemukakan permohonan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bagi menangguhkan pengesahan menyertai Liga Super musim depan yang dijadualkan berakhir hari ini.
  • HASRAT Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menghantar satu pasukan beraksi dalam kancah Liga Super menerusi penjenamaan semula dua pasukan dari Terengganu itu musim depan mendapat pelbagai reaksi penyokong bola sepak di negeri ini.
  • PASUKAN berstatus kelab T-Team gagal memanfaatkan kelebihan beraksi digelanggang sendiri apabila diaibkan dengan kekalahan 1-5 ketika turun melayan kunjungan Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
  • PASUKAN berstatus kelab T-Team berjaya mencipta kebangkitan apabila meraih kemenangan 4-1 ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan A, kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
  • KESILAPAN mudah yang dilakukan pemain T-Team menjadi punca kekalahan teruk pasukan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi, akui ketua jurulatih Rahmad Darmawan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.