Nur Suryani Mohd Taibi
$entry.content.caption.value

SEDAR harapan menggunung terpikul dibahunya, atlet menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi bagaimanapun menolak untuk menaruh harapan sebarang pingat bagi acara 10m air raifal dalam Sukan Olimpik London nanti.

Bukan tidak yakin dengan kebolehan sendiri, sebaliknya anak didik Saidov Isroil ini enggan harapan yang terlalu tinggi akan memberikan tekanan sekali, gus menjejaskan prestasinya.

“Tiada latihan tambahan, sebaliknya kesempatan yang ada dimanfaatkan dengan melakukan latihan seperti biasa dan lebih tertumpu kepada penguasaan teknik dan taktik,” katanya yang menjadi penembak wanita raifal pertama negara layak bertanding di temasya Olimpik setelah meraih tiket dalam acara 10 meter Air Rifle menerusi Kejohanan Menembak Asia di Doha.

Mahu meneruskan apa yang dirancang hingga berlangsungnya temasya Olimpik pada 27 Julai nanti, Suryani kini dalam misi mengekalkan pres­tasi de­ngan tiga pertandingan dunia, World Cup London, World Cup Jerman dan World Cup Itali.

Dua tahun lalu, Suryani hampir menempah tiket ke Olimpik selepas meraih perak dalam kejohanan menembak ISSF di Sydney, Australia dalam acara 25 meter air raifal dengan catatan 499.6 mata.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.