SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri pada saat akhir daripada beraksi dalam perlumbaan kuda lasak di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai minggu depan.

Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata, Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik.

”Kami memuji baginda yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik,”  katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM, di sini hari ini.

Menurut Beng Choo, Sultan Mizan menjalani latihan dengan gigih setiap hari  dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil.

Sebelum ini, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TEMASYA Sukan Sea ke-29 dirasmikan hari ini, detik bermulanya perjuangan memburu pingat emas dan tambah mengujakan temasya kali ini menghimpunkan kehadiran paling ramai juara dunia dan pemenang pingat Olimpik yang mencipta nama dalam tempoh dua tahun lalu untuk membawa temasya rantau ini lebih gemilang.
  • AKSI pertama skuad futsal wanita Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kompleks Sukan Panasonic di sini bermula baik apabila menewaskan Myanmar 2-1.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.