KEJOHANAN Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 yang bakal membuka tirai pada 28 Oktober hingga 19 November depan, menjadi medan penting buat 15,000 atlet bertanding memburu slot ke temasya Sukan Universiti Asia (AUG) 2012. Lapor, SITI ZUBAIDAH MAT ISA.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, pemegang pingat emas pada temasya ini bukan sahaja diberi biasiswa sebagai insentif kejayaan mereka, bahkan berpotensi mewakili negara ke AUG di Laos, Disember depan.
“Pemenang pingat emas pada kejohanan ini akan dibawa ke pertandingan AUG seterusnya mencari atlet ke kejohanan Piala Dunia.
“Selain mempromosi sukan dalam kalangan universiti, kejohanan ini merupakan usaha KPT melahirkan lebih ramai atlet yang dapat mewakili negara di peringkat antarabangsa.
“Dengan dasar KPT mengantarabangsakan atlet KPT, kita mengharapkan mereka mampu menuai pingat emas di temasya berprestij Sukan Olimpik kelak.
“Sebelum ini kita mengimpikan ratu terjun negara Pandelela Rinong meraih emas, tetapi tidak kesampaian. Bagaimanapun kami tetap berbangga dengan kejayaan beliau meraih gangsa,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejohanan edisi pertama ini mempertandingkan 15 acara iaitu badminton, bola jaring, bola tampar, catur, karate-do, memanah, olahraga, bola tampar pantai, menembak, ragbi 7 sebelah, renang, sepak takraw, taekwondo, tenpin boling dan tenis.
SUKIPT: Medan buru tempat ke AUG 2012
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- KJ sedia jumpa FAM
- Hoki: Pecat Muhammad Dharma, Chiow Chuan ditarik
- Anwar menang kes saman fitnah Utusan
- KJ 'patah hati' dengan FAM
- Suzuki kembali gegar litar MotoGP
- Musa Hassan tarik balik kes saman ke atas Anwar
- Rozaimi terus jadi pilihan
- Naim jawab teguran KJ
- 1,000 sambut Chong Wei di KLIA pagi ini
- Velodrom tertutup: KJ tegur Naim
- Malaysia kejutkan Korea Selatan
- Bekas pemain Selangor Razali Alias meninggal dunia
- F1: Williams tekad bangkit
- Hafizh buru podium di Albacete
- Piala Sudirman: KJ bidas BAM
- Anwar, Khairy selesai kes fitnah RM100 juta
- Luis Suarez tidak kisah kritikan
- T-Team diurus lebih profesional musim depan
- FAM beri Annuar Musa amaran keras
- Sultan Ahmad Shah terkilan teguran KJ




