IPOH -- Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini akan berwajah baru apabila kerja pemasangan bumbung di tempat duduk berhadapan pentas utama selesai Mac ini.
Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abdul Rahim Md Arif berkata pemasangan bumbung itu dijangka siap dua bulan awal dari jadual asal.
Yang turut dilaksanakan ialah pemasangan turf berwarna biru yang siap bulan lalu, katanya.
Beliau berkata kedua-dua projek itu menelan belanja RM2.1 juta yang dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.
"Stadium ini kelak akan menyerupai stadium litar Formula 1," katanya.
Abdul Rahim berkata projek naik taraf itu dilaksanakan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dari 24 Mei hingga 3 Jun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.






