MENANG bergaya 6-0 ke atas Millwall berjaya membawa Tottenham Hotspurs mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

Walau bagaimanapun kemenangan itu membuatkan Spurs tidak senang duduk selepas penyerang berbisanya Harry Kane mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar seawal minit ke-10.

Pengurusnya, Mauricio Pochettino yang panik dengan situasi ini mengharapkan kecederaan itu tidak terlalu serius kerana khuatir ketiadaannya akan menjejaskan rentak pasukan.

“Kane mengalami kecederaan di pergelangan kaki. Ia adalah pergelangan kaki yang sama ketika beliau terpaksa berehat 10 minggu pada awal musim lalu.

“Saya amat berharap kecederaan ini tidak terlalu serius, tetapi ia seakan-akan kecederaan sama seperti awal musim lalu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger pasrah pasukannya tewas di tangan Tottenham Hotspur.
  • KEMENANGAN meyakinkan 4-1 ke atas Watford di Stadium Vicarage Road kelmarin disifatkan sebagai suntikan motivasi berkesan menjelang kunjungan ke Chelsea, 5 Januari ini.
  • TOTTENHAM Hotspurs masih enggan berputus asa walaupun mengetahui Leicester City sudah semakin hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.