PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru peminat sukan tanah air supaya memberi sokongan kepada skuad bola sepak dan futsal wanita yang bakal beraksi pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berkata, sokongan mereka dapat membangkitkan semangat para pemain untuk berjuang dan berusaha sedaya upaya menentang lawan di gelanggang.

"Saya minta para pemain, uar-uarkan aktiviti pasukan ini di laman-laman sosial. Apa pemain buat setiap hari, sesi latihan, perlawanan persahabatan dan sebagainya. Biar orang ramai tahu tentang kewujudan kita dan kita akan bertanding di Sukan SEA ini.

"Dengan sebaran begini, kita boleh bawa penyokong untuk sokong pasukan kita pada hari perlawananan,” katanya pada jamuan Hari Raya pasukan bola sepak dan futsal wanita di sini, hari ini.

Suraya juga berharap para pemain mempamerkan prestasi terbaik pada temasya Sukan SEA Ke-29 itu kerana ia bakal menjadi penada aras kepada masa depan bola sepak dan futsal wanita di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meminta pemain dan jurulatih memastikan tiada kecederaan berlaku dalam tempoh berbaki 33 hari lagi menjelang temasya dwitahunan itu.

Beliau berkata dalam keghairahan menjalani perlawanan persahabatan sebagai persediaan, pengurus pasukan diminta memastikan tahap kesihatan dan kecerdasan pemain tidak terjejas kerana ia boleh mengganggu persediaan pasukan.

"Kita tahu ada banyak siri perlawanan persahabatan sebelum pemain bertanding di Sukan SEA, tapi kita harap sangat pihak pengurusan pemain pastikan tidak berlaku kecederaan serius yang boleh merencatkan persediaan pasukan.

"...kita tidak mahu kerana terlalu mahu mengejar kemenangan, para pemain cedera dan boleh menjejaskan strategi yang telah disusun ketika latihan,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad bola sepak wanita adalah pada edisi Sukan SEA 1995 di Thailand apabila meraih pingat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand dan menduduki tangga keempat masing-masing pada 2003 (Vietnam) dan 2013 (Myanmar).

Skuad futsal wanita pula mencatat pencapaian terbaik pada edisi 2013 di Myanmar dengan meraih gangsa. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGARAH Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo memilih untuk berdiam diri ketika diminta mengulas keputusan satu mesyuarat khas FAM berhubung prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
  • PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan dua kelab yang akan beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
  • STATUS Lesen dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala AFC 2018 masih menjadi tanda sehingga hari ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka bakal mewujudkan Liga Divisyen Empat sebagai usaha produktif dalam memacu perkembangan pemain muda di negara ini, lapor SHAFIQ TINO.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.