$entry.content.caption.value
KEKALAHAN tiga kali berturut-turut pada aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan akhirnya menjerumuskan skuad Piala Uber negara ke tangga tercorot pada aksi kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau.
Semalam, berdepan Singapura, skuad negara sekali lagi gagal menzahirkan kemenangan selepas tumpas 2-3.
Jing Ye yang memulakan cabaran menang 13-21, 21-10, 15-21, bagaimanapun gandingan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo tumpas 13-21,16-21 kepada Yao Lei-Sari Shinta Mulia.
Kem Uber negara terus mengalami kekalahan berterusan apabila perseorangan kedua, Sannatasah Saniru juga tewas kepada Fu Mingtian, 12-21,15-21, namun gandingan pemain baru dan lama, Vivian Hoo Kah Mun-Wong Pei Tty tidak menghampakan, menang 21-14, 21-14 kepada Chen Jiayuan-Thng Ting Ting.
Wira negara yang menghidupkan harapan skuad kebangsaan untuk layak ke suku akhir, gagal mengulangi pencapaian sama, tunduk kepada Liang Xiaoyu 14-21, 17-21 sekali gus meletakkan pasukan negara di tangga tercorot aksi kelayakan.
Bagi rekod pada aksi 2010, skuad Uber berjaya melangkah ke suku akhir ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.
Sementara itu, China selaku tuan rumah aksi final Mei depan, muncul juara kelayakan Zon Asia selepas mengetepikan cabaran Jepun 3-0, semalam.
Manakala kedudukan selesa dengan jaminan layak ke final Piala Thomas di Wuhan, seakan melalaikan pasukan Piala Thomas negara apabila hanya menduduki tempat keempat selepas tewas kepada salah satu musuh tradisi, Indonesia 2-3 kelmarin.






