Piala Thomas
$entry.content.caption.value

SECARA kasar, skuad Piala Thomas negara  sudah pun layak ke aksi final Piala Thomas di Wuhan, China Mei depan memandangkan empat tempat disediakan untuk pasukan dari Asia termasuk penyandang juara China yang layak secara automatik.

Kedudukan tersebut sah selepas pasukan negara mara ke separuh akhir  menewaskan India, 3-0 pada suku akhir kelayakan Piala Thomas di Macau, sebentar tadi.

Mata pertama diperoleh menerusi  perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang membenam asakan lawan Ajay Jayaram, 21-12,17-21,21-8.

Sementara, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mudah mendapat mata kedua dengan menundukkan Rupesh Kumar KT-Sanave Thomas, 21-14, 23-21.

Manakala, perseorangan ketiga, Muhammad Hafiz Hashim yang sebelum ini gagal menyumbang mata, berjaya menebus kekecewaan apabila meraih kemenangan ke atas Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.

Meskipun tumbang di set kedua, Hafiz kembali menemui rentak untuk menebus kemenangan di set penentuan.

Perlawanan separuh akhir esok, Malaysia bertemu Jepun, jam 6.30 petang.

Sementara itu, saingan skuad Piala Uber negara berakhir selepas tewas 0-3 kepada Thailand pada aksi suku akhir.

Esok, mereka akan bertemu Indonesia bagi penentuan tempat kelima hingga lapan.

 

Kelayakan Piala Thomas/Uber Zon Asia 2012, Macau

Jadual perlawanan separuh akhir esok

 

Piala Uber

China mln Taiwan

Jepun mln Thailand

 

Piala Thomas

MALAYSIA mln Jepun

 

Keputusan suku akhir

Piala Uber

MALAYSIA (0) – (3) Thailand

Taiwan (3) – (1) Hong Kong

Singapura (0) – (3) Jepun

China (3) – (0) Indonesia

 

Piala Thomas

MALAYSIA (3) – (0) India

China (3) – (0) Thailand

Taiwan (0) – (3) Jepun

 

Keputusan aksi skuad negara

Piala Uber

Tee Jing Yi kk Inthanon Ratchanok, 8-21,7-21

Lydia Cheah Li Yak k Porntip Buranaprasertsuk, 19-21,13-21

Yang Li Lian kk Sapsiree taerattanachai, 12-21, 10-21

 

Piala Thomas

Lee Chong Wei mn Ajay Jayaram, 21-12,17-21,21-8

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mn Rupesh Kumar KT-sanave Thomas, 21-14, 23-21

Hafiz Hashim  mn Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.