Hafiz Hashim
$entry.content.caption.value

KECEDERAAN bahu kanan juara All England, Muhammad Hafiz Hashim mungkin menjadi punca pemain Kelab Raket Kuala Lumpur itu gagal memberi mata ketiga kepada skuad Piala Thomas negara pada aksi kelayakan. di Macau.

Pada aksi pertama kumpulan D awal pagi tadi, Malaysia berjaya mengatasi Hong Kong, 3-2.

Bagaimanapun, debaran kem negara berakhir apabila gandingan beregu kedua Lim Khim Wah-Goh V Shem menyelamatkan mata ketiga selepas menyingkirkan cabaran  Wong Wai Hong-Lee Chun Hei dengan catatan, 21-14, 21-16.

Manakala penentuan juara kumpulan D, bakal ditentukan pada pertembungan sengit dengan Korea Selatan, esok.

Sebelum itu, pertarungan dimulakan dengan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang memberi mata pertama apabila mudah mengetepikan Wong Wing Ki, 21-18, 22-20.

Seperti yang dijangka gandingan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mudah menjinakkan pasangan Lo Lok Kei-Leung Chun Yiu 21-9, 21-14.

Malaysia bagaimanapun tercicir satu lagi mata apabila perseorangan ketiga Liew Darren terpaksa bermain tiga set sebelum tunduk 21-17, 16-21, 19-21 kepada Chan Yan Kit dalam masa 62 minit.

Hanya empat tempat diperuntukkan untuk pusingan kelayakan Zon Asia yang mempunyai empat kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Empat pasukan yang kalah dalam peringkat suku akhir akan bermain semula secara round-robin untuk menentukan pasukan terakhir yang layak.

Kejohanan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei ini.

 


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.