SKUAD goalball lelaki negara tekad menukar warna pingat kepada emas pada temasya Sukan Sea Para Asean Kuala Lumpur (Para KL2017) selepas gagal dalam lima edisi sebelum ini.

Kaptennya, Muhammad Haiqal Azani Azman berkata, mereka tidak rela gagal kali keenam khususnya beraksi di halaman sendiri.

Pada edisi 2005, 2007, 2011, 2014 dan 2015, skuad negara terpaksa akur dengan sekadar meraih perak apabila kecundang kepada Thailand.

"Kami memang sudah cukup bersedia untuk penampilan kali keenam ini. Sudah tentu kami mahu menukar warna pingat kepada yang lebih baik dan ia pastinya emas.

"Kegagalan dalam lima edisi lalu memang perit, dan kali ini kami tidak mahu ia berulang lagi.

"Dengan persiapan yang rapi kali ini, kami akan memastikan emas mampu diraih buat kali pertama di tempat sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kita Juara 2017 untuk Sukan Para Asean di Hotel Seri Pacific, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SKUAD renang para negara menutup kempen Para KL2017 dengan penambahan tiga lagi pingat emas daripada 10 acara akhir yang dipertandingkan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.
  • SKUAD goalball lelaki negara meneruskan rentak kemenangan di Para KL2017 dengan membenam Laos 13-3 dalam masa 14 minit untuk mara ke final menentang juara bertahan dan musuh tradisinya, Thailand hari ini.
  • SITI Noor Radiah Ismail memenangi pingat emas pertama Malaysia untuk olahraga hasil lompatan 4.99 meter dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • KONTINJEN Filipina mahu memastikan mereka mendapat lebih banyak pingat emas dalam edisi kesembilan Sukan Para Asean 2017 (Para KL2017), berbanding atlet senegara yang bertanding pada KL2017, bulan lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.