SKUAD bola jaring negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia ke-11 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pada aksi terakhir pusingan kedua semalam, skuad bola jaring negara terpaksa akur tewas tipis di tangan tuan rumah dengan keputusan 55-56.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan peluang negara selepas mencatat tiga kemenangan ke atas Jepun, Maldives dan Hong Kong di pusingan awal.

Di separuh akhir petang esok, Malaysia sekali lagi bakal dicabar tuan rumah, Singapura untuk menentukan satu pasukan yang akan mara ke final.

Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Hong Kong dengan Sri Langka yang menjadi satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas dalam kejohanan ini.

Aksi separuh akhir membabitkan Sri Langka dan Hong Kong akan bermula pada jam 3 petang, manakala Malaysia dan Singapura pada jam 5 petang.