SKUAD bawah 22 (B-22) negara berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan maut bagi pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China pada 2018.    

Anak buah Frank Bernhardt itu diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Indonesia, Mongolia dan Thailand, yang bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan kumpulan berkenaan.    

Pusingan kelayakan dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dengan juara dan enam naib juara kumpulan terbaik, akan melayakkan diri ke pusingan akhir.     

Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bakal bersaing bagi  merebut tempat ke pusingan akhir di China yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Februari tahun depan.    

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata melihat kepada undian hari ini, pasukan negara bakal berdepan laluan getir apabila bakal bertemu musuh tradisi, Indonesia dan Thailand.    

"Ia medan terbaik buat skuad Malaysia mengukur tahap keserasian kerana ia seperti perlawanan yang bakal Malaysia tempuhi pada Sukan SEA nanti," katanya ketika ditemui pada majlis undian berkenaan di AFC House, Bukit Jalil, hari ini.    

Skuad B-22 negara ketika ini berada di Dubai bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula Isnin ini, sebagai pasukan bayangan yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIA memulakan kempen kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) dengan langkah kanan apabila menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan Kumpulan H di Stadium Nasional Supachalasai, di sini, hari ini.
  • KEPUTUSAN Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menunda tarikh perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia pada 8 Jun ini, adalah satu tindakan yang tepat dengan keadaan semasa.
  • KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC) telah memutuskan bahawa disebabkan ketegangan geo politik di Semenanjung Korea, perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala, Asia AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia, yang dijadualkan di Pyongyang pada 8 Jun, harus ditunda.
  • FELDA United akan mendapatkan pemain import baharu ekoran persembahan hambar yang menyaksikan mereka dihukum kelab daripada Singapura, Tampines Rovers dengan kekalahan 1-3 pada saingan Kumpulan G, Piala AFC kelmarin.
  • KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) masih menunggu maklum balas dari Korea Utara berhubung gelanggang berkecuali untuk aksi kelayakan akhir Piala Asia 2019 menentang Malaysia pada 8 Jun depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.