SEKOLAH Kebangsaan (SK) Oran muncul juara setelah menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Paya, Perlis, dengan keputusan 1-0 dalam kejohanan Bola Sepak bawah 12 Piala Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Kejohanan yang berlangsung pada 11 Mac lalu itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong.

Timbalan Pengerusi kejohanan, Solahuddin Omar berkata, kejohanan itu diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam permainanan tersebut.

"Kejohanan ini bermula pada tahun ini, oleh kerana pada tahun ini tidak diadakan pertandingan pada peringkat kawasan (daerah) jadi pihak kami mengambil inisiatif bersama pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) sekolah bersama Pejabat Ahli Parlimen Padang Besar untuk menganjurkan pertandingan ini.

"Alhamdulillah sambutan sangat baik, jadi insya-ALLAH kita akan adakan setiap tahun selepas ini," katanya kepada Sinar Online.

Pertandingan yang berformat sembilan sebelah itu berjaya mengumpulkan 15 pasukan daripada sekolah-sekolah dalam Parlimen Padang Besar.

Dalam pertandingan itu, SK Oran berjaya menerima  hadiah wang tunai RM500, piala dan pingat.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.