KETIADAAN Khairul Fahmi Che Mat perlu dimanfaatkan Farizal Harun, Khairul Azhan Khalid dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bagi mengisi posisi benteng terakhir pasukan kebangsaan yang akan bertemu Filipina di Manila, Selasa depan.

Perkara itu diakui Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee yang mahu menguji sejauh mana ketangkasan ketiga-tiga penjaga gawang terbabit sebelum memilih siapa yang bakal diturunkan apabila berdepan Korea Utara dalam Kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun depan dan Lebanon 16 Jun.

"Ini peluang terbaik untuk penjaga gol yang dipanggil bagi membuktikan mereka layak disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

"Lagipun, pemilihan mereka beri saya lebih opsyen pada perlawanan-perlawanan akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee mempunyai alasan kukuh menggugurkan Khairul Fahmi daripada senarai 23 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini.

"Khairul Fahmi tidak bermain dalam dua perlawanan terakhir bersama Kelantan. Lagipun, dia sudah beraksi di kesemua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF pada November lalu.

"Jadi adil bagi saya beri peluang dan uji penjaga gol lain," katanya.

Mengulas lanjut aksi penting bertemu Korea Utara dan Lebanon, Kim Swee berkata, beliau perlu melakukan analisis mendalam sebelum memikirkan taktikal terbaik bagi perlawanan tersebut.

Bagaimanapun Kim Swee akui fokusnya kini adalah berdepan The Azkals di Stadium Memorial Rizal dan kemenangan katanya amat peting bagi melonjak ranking negara.

"Paling penting, kita perlu ambil serius perlawanan menentang Filipina. Kerana inilah peluang terbaik untuk menilai kekuatan dan kelemahan pemain selepas sekian lama tidak bermain bersama," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Skuad Bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee berkemungkinan dihantar ke Kelab Gergasi Sepanyol, Athletico Madrid untuk mendapat pendedahan berkenaan aspek kejurulatihan bola sepak Mac ini.
  • SKUAD bola sepak Bawah-23 (B-23) negara berpeluang untuk disenaraikan dalam kategori A ke Sukan Asia Jakarta dan Palembang 2018, dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
  • KEJAYAAN skuad bawah 23 (B23) tahun negara melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan AFC B23 kembali membuka mata banyak pihak.
  • PENGENDALI skuad bawah 23 (B23) negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan pemainnya tidak takut dengan ancaman Iraq menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan C pusingan akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B23) di Changshu, China petang ini.
  • KETUA Jurulatih Skuad Bola sepak Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee akan memberi fokus kepada latihan taktikal menjelang aksi pembukaan Kumpulan C berdepan Iraq pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 2018, di Stadium Changshu, China 10 Januari ini.