SELEPAS pemecatan Claudio Ranieri, Leicester City akhirnya mengumumkan Craig Shakespeare sebagai pengurusnya yang baharu.

Shakespeare yang sebelum ini dilatik sebagai pengendali sementara berjaya membawa The Fox mencatat dua kemenangan berturut-turut sekali gus dilantik sebagai pengurus tetap dengan kontrak sehingga akhir musim ini.

Wakil Presiden Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha menerusi kenyataannya di laman rasmi kelab mengakui keputusan melantiknya sebagai pengurus tetap adalah tepat memandangkan kecemerlangan pasukan dalam dua perlawanan terakhir.

“Kami tahu pasukan berada di tangan yang tepat selepas meminta Shakespeare menjadi pengurus sementara bulan lalu,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LEICESTER City berjaya mendapatkan Kelechi Iheanacho dari Manchester City dengan yuran perpindahan 25 juta euro (RM127 juta) dan kontrak sehingga 2022.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.