LEICESTER City  tidak  panik bahkan teruja menanti aksi kedua menentang Atletico Madrid di Stadium King Power walaupun kecundang 0-1 kepada wakil Sepanyol itu.

Pengendali The Foxes, Craig Shakespeare memandang kekalahan satu gol hasil jaringan Antoine Griezmann perkara remeh dan mampu disamakan di laman sendiri nanti.

“Saya menerima keputusan ini. Lihatlah betapa bagusnya mereka bermain. Kami datang untuk mendapatkan gol tempat lawan tetapi tidak berjaya.

“Jadi, kami akan membalasnya di tempat kami nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Shakespeare kecewa dengan keputusan pengadil Jonas Eriksson untuk memberikan sepakan penalti kepada Atletico sekali gus menjadi jaringan tunggal kemenangan tuan rumah. 

Dia yakin insiden pelanggaran Marc Albrighton dan Griezmann terjadi di luar kotak penalti.

“Saya fikir itu adalah keputusan yang mengecewakan. Pengadil sepatutnya membuat keputusan yang tepat,” katanya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.