Shabery harap kontrak SIC dikekalkan
$entry.content.caption.value

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan terus menyokong penyambungan kontrak Litar Antrabangsa Sepang (SIC) yang berakhir 2015, meskipun keputusan itu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak kementerian sudah tentu akan terus menyokong SIC kerana F1 adalah acara sukan berprestasi tinggi yang dilihat berjaya memupuk minat golongan remaja dalam sukan pemotoran.

“Keputusan sambungan kontrak adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun begitu, kita harap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan kontrak SIC kerana saya percaya Petronas dan rakan-rakan lain akan terus memastikan perlaksanaan dikekalkan,” katanya yang turut mengakui F1 menjana pendapatan pelancongan Malaysia.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, badan bebas menunjukkan Grand Prix Malaysia 2011, menjana ekonomi kira-kira RM200 juta, dimana purata perbelanjaan seorang pengunjung asing ialah kira-kira RM7,000 dan penonton tempatan RM2,500.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.