ADNAN Januzaj sah meninggalkan Manchester United apabila menandatangani kontrak lima tahun dengan Real Sociedad dengan yuran bayaran sebanyak £9.8 juta (RM54.22 juta.).

Pemain berusia 22 tahun itu akan diperkenalkan secara rasmi hari ini selepas menyertai sesi latihan pertamanya.

“Terima kasih kepada beberapa jurulatih dan kakitangan di Manchester United yang menjadikan ia kelab yang hebat.

“Malangnya, masa saya bersama kelab sudah berakhir dan ia tidak seperti yang saya harapkan, tetapi saya sentiasa mencintai kelab ini,” kata Januzaj di Instagramnya.

Januzaj menyertai United pada 2013 semasa di bawah pimpinan David Moyes dan menjaringkan dua gol pada penampilan awalnya di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Sunderland.

Namun prestasinya tidak menentu dan hanya jaringkan lima gol dalam 66 penampilan bersama Red Devils sebelum dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Sunderland.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.