AZRAAI Khor Abdullah menafikan khabar angin kononnya beliau ditawarkan kontrak sebagai ketua jurulatih Felda United musim depan bagi menggantikan B Sathianathan.

Beliau berkata, khabar angin tersebut sama sekali tidak berasas kerana beliau tidak melakukan sebarang perbincangan bersama pengurusan Felda United.

"Saya ke Felda? Mana dapat cerita ni? Saya nak kata berbincang atau berjumpa pun tak ada dengan pengurusan kelab itu. Mengarutlah!

"Lagi pun saya bukan jenis yang suka mencantas kawan saya sendiri (B Sathianathan). Memang berita itu tak betul sama sekali," katanya.

Sebelum ini, Sathianathan telah mengesahkan beliau akan terus mengendalikan skuad The Fighters selepas menandatangani kontrak baharu selama setahun untuk musim depan.

Dalam perkembangan lain, Azraai mengakui beliau kini sedang dalam perbincangan awal dengan beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai ketua jurulatih.

"Memang ada beberapa kelab Liga FAM dan Liga Perdana berbincang dengan saya. Tapi semuanya masih di peringkat awal.

"Saya belum memberikan sebarang keputusan, tetapi kalau betul, saya mahukan pasukan yang betul-betul serius mahu mengalami peningkatan dan tidak ada sebarang kekangan kewangan," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KESERASIAN pemain menjadi resipi kejayaan skuad Felda United memulakan saingan awal Liga Premier dengan cemerlang termasuk menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, semalam.
  • KEYAKINAN tinggi dan tidak pernah mengenal erti kekalahan antara elemen yang memastikan kejayaan Felcra FC ketika menumpaskan Sarawak 3-2 pada aksi di Stadium Negeri Kuching, kelmarin.
  • FELDA United akan menyelesaikan isu pelesenan kelab supaya The Fighters dapat bermain dalam saingan Liga Super musim depan.
  • BIARPUN turun selaku pasukan pilihan, ketua pasukan Felda United Muhd Shukor Adan menegaskan pasukan itu tidak akan mengambil mudah saingan pasukan lain dalam Liga Perdana musim ini.
  • KELAB Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC) memandang serius tentang keputusan Perkongsian Liabilti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang tidak membenarkan pasukan itu untuk beraksi dalam saingan Liga Super Musim 2018 akibat ketiadaan lesen kelab.