KETUA Jurulatih Felda United, B Sathianathan menjangkakan pertemuan pasukannya dengan Melaka United di Stadium Hang Jebat malam ini akan sengit.

Menurutnya, kedua-dua pasukan kini bergelut mencari mata bagi menjauhkan diri dari zon penyingkiran sekali gus mencerahkan peluang saingan Piala Malaysia musim ini.

Justeru, beliau meminta anak buahnya untuk tampil dengan aksi terbaik dan tidak lagi mengambil mudah terhadap pihak lawan.

"Walaupun Melaka dibelasah 0-7 minggu lalu, tapi saya percaya mereka sebuah pasukan yang hebat.

"Mereka ada ramai pemain berkualiti dan mungkin mereka cuma kurang bernasib baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Sebab itulah kami tidak seharusnya pandang mudah cabaran mereka kerana mereka pasti bangkit dalam aksi di laman sendiri malam ini.

"Saya harap pemain tidak lagi bermain sambil lewa seperti minggu lalu menyaksikan kami tewas di tangan Pulau Pinang," katanya.

Jelasnya, perlawanan juga harus dimanfaatkan oleh beberapa pemain importnya untuk membuktikan kredibiliti mereka sebagai pemain.

Ujarnya, jika mereka terus beraksi lemau, pihaknya tidak teragak-agak mencari pemain import lain ketika jendela perpindahan dibuka nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AZRAAI Khor Abdullah menafikan khabar angin kononnya beliau ditawarkan kontrak sebagai ketua jurulatih Felda United musim depan bagi menggantikan B Sathianathan.
  • PENGENDALI Felda United, B Sathianathan tidak bercadang untuk membuat rombakan besar-besaran ke atas skuad itu, walaupun bakal harungi Liga Malaysia (Liga-M) yang lebih mencabar pada musim depan.
  • KETUA Jurulatih Felda United, B Sathianathan mengharapkan sentuhan berbisa penyerang Thiago Augusto Fernandes untuk membawa The Fighters ke pentas final Piala Malaysia buat kali pertama.
  • SKUAD Felda United mampu bangkit pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, bagi menempah tiket ke final buat julung kalinya.
  • PENGENDALI Felda United, B Sathianathan mahu pemainnya kekal fokus dalam sesi latihan bagi memastikan momentum kecemerlangan dapat diteruskan menjelang pertemuan dengan Kedah dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Jengka, 15 Oktober ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.