KERISAUAN dizahirkan Pengendali Felda United, B Sathianathan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang PKNP FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam esok.

Menurutnya, aksi konsisten selain semangat pemain PKNP FC sedang menggunung ketika ini mampu menghadirkan gerun buat pemain The Fighters.

Justeru, dia mahu anak buahnya tidak memandang rendah selain tidak mudah alpa dalam perlawanan tersebut.

"Bercakap mengenai PKNP, saya amat risau kemampuan pemain mereka yang mampu mencipta kejutan biarpun berhadapan pasukan kuat," katanya.

Malah, jelas pengendali berusia 59 tahun itu, status Felda United sebagai pasukan pilihan juga tidak menjamin apa-apa sekiranya pemain gagal menampilkan aksi terbaik.

"PKNP ada pemain berkualiti setanding pasukan Liga Super," katanya.

Kata Sathianathan, Felda akan menurunkan barisan terkuat dan mahu mencari bekalan selesa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Felda United, B Sathianathan tidak bercadang untuk membuat rombakan besar-besaran ke atas skuad itu, walaupun bakal harungi Liga Malaysia (Liga-M) yang lebih mencabar pada musim depan.
  • KETUA Jurulatih Felda United, B Sathianathan mengharapkan sentuhan berbisa penyerang Thiago Augusto Fernandes untuk membawa The Fighters ke pentas final Piala Malaysia buat kali pertama.
  • SKUAD Felda United mampu bangkit pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, bagi menempah tiket ke final buat julung kalinya.
  • PENGENDALI Felda United, B Sathianathan mahu pemainnya kekal fokus dalam sesi latihan bagi memastikan momentum kecemerlangan dapat diteruskan menjelang pertemuan dengan Kedah dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Jengka, 15 Oktober ini.
  • PENGENDALI Felda United, B Sathianathan enggan menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati terhadap pindaan perlawanan pada saat-saat akhir membabitkan The Fighters menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.