PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen realistik sasaran separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia di Vietnam mampu dicapai walaupun tidak menghantar skuad elit.

Bagi kejohanan berlangsung di Bandaraya Ho Chi Minh dari 14 hingga 19 Februari ini, Malaysia meletakkan sandaran kepada barisan pemain beregu negara.

Diletakkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Sri Lanka, Malaysia dilihat punyai peluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya.

"Kami sentiasa ada sasaran kepada setiap pemain bergantung dengan siapa dia bermain dan apa yang kami boleh harapkan daripada mereka.

"Sebagai satu pasukan, kami perlu bercita-cita tinggi. Dan sasaran kami adalah untuk melepasi peringkat separuh akhir.

"Sasaran separuh akhir boleh jadi satu pencapaian yang bagus," katanya.

Katanya, kejohanan sulung di Vietnam itu juga medan untuknya memilih pemain untuk disenaraikan dalam kempen Malaysia ke Piala Sudirman Mei depan.

Awal bulan ini, BAM memutuskan untuk tidak menyenaraikan pemain perseorangan wanita nombor satu negara, Goh Jin Wei ke Vietnam.

Frost menyifatkan bekas juara remaja dunia itu masih belum bersedia selepas mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan di  Grand Prix (GP) Malaysia Masters di Sibu bulan lalu.

Kekosongan ditinggalkan Jin Wei itu bakal diisi  Lee Ying Ying  yang  mengiringi Ho Yen Mei  dalam  acara perseorangan wanita.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SKUAD muda badminton kebangsaan menjuarai tiga daripada lima kategori kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 yang berakhir di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini.
  • HARI INI Datuk Misbun Sidek akan memulakan sesi latihan pertamanya selepas dilantik ketua jurulatih perseorangan lelaki oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), awal bulan lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.