PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger yakin Alexis Sanchez akan terus kekal bersama The Gunners musim depan.

Menurutnya, beliau percaya  bahawa Sanchez  tidak akan tergoda dengan tawaran lain selepas berbincang dari hati ke hati dengan pemain kebangsaan Chile itu.

"Saya tidak ada jawapan untuk persoalan sama ada dia (Sanchez) akan kekal atau tidak.

"Tapi melalui perbincangan saya bersamanya baru-baru ini, saya melihat satu keputusan yang positif. Saya selalu berfikiran positif," katanya.

Sanchez sehingga hari ini masih belum memberi bayangan sama ada akan melanjutkan kontraknya yang akan tamat pada 2018 bersama Gunners.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.