PENGURUS Juventus, Massimiliano Allegri yakin Gianluigi Buffon (Gigi) akan mengakhiri kariernya dengan musim yang indah.

Allegri berkata, walaupun Gigi menghampiri angka 40 tahun, namun beliau menjangkakan penjaga golnya itu akan terus bekerja keras di musim terakhirnya bersama kelab itu.

"Saya mengenali Gigi sebagai seorang pemain yang baik, jadi saya pasti beliau akan mempunyai masa depan yang hebat.

"Saya percaya dia masih lagi seorang penjaga gol terbaik di dunia dan saya yakin beliau akan kembali membuktikan kehebatannya untuk menghadapi Piala Dunia 2018 yang akan menjadi pentas terakhirnya sebelum bersara.

"Jadi, sebelum akhiri kariernya di Piala Dunia, saya yakin dia akan memberikan segalanya bersama Juventus terlebih dahulu pada musim depan.

"Saya amat berharap dia akan mendapat kenangan yang paling indah di sini sebelum bersara," katanya kepada Football Italia.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENJAGA gol legenda Itali, Gianluigi Buffon mengumumkan akan bersara selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.