RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM. 

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014. 

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang telah membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELEPAS gagal membantu negara mengakhiri penantian 24 tahun untuk menjulang Piala Thomas, minggu lalu, pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini mahu memberi tumpuan kepada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang akan berlangsung di Jakarta, hari ini.
  • DI sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat pertama kali Ahad lalu, pasti tidak ramai yang tahu adanya ‘sentuhan’ bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.