"LUAR biasa...ia sesuatu yang hebat." Itu reaksi Wayne Rooney selepas meledak gol pertama sekembalinya bersama Everton.

Pada aksi pra musim menentang kelab Kenya, Gor Mahia kelmarin, Rooney menggegar gawang lawan dalam aksi sulungnya menerusi rembatan dari jarak 30 meter.

“Ia permulaan baik, namun saya fikir kami masih boleh meningkat lagi.

“Adalah penting untuk meraih kemenangan, namun saya fikir apa yang lebih penting pada hari ini adalah kami mengharungi 45 minit dengan baik.

“Jelas sekali ada perkara yang kami boleh lakukan dengan baik, bagaimanapun peluang bermain adalah lebih mustahak," katanya.

Dalam perlawanan itu, Rooney meletakkan Everton di hadapan pada minit ke-35, bagaimanapun tuan rumah bangkit ikat kedudukan dua minit selepas itu menerusi Tuyisenge Jacques.

Pemain muda, Kieran Dowell menghadiahkan kemenangan buat The Toffes m-82.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUDAH menjadi kebiasaan apabila kalah seseorang jurulatih akan menyalahkan pemain dek persembahan hambar, namun berbeza dengan Pengendali Everton, Ronald Koeman yang menyalahkan diri sendiri selepas pasukannya tumpas kepada Atalanta 0-3 dalam aksi Kumpulan H di lama lawan, awal pagi semalam.
  • PEMAIN tengah Everton, Ross Barkley menafikan dakwaan dia menjalani pemeriksaan perubatan pada hari terakhir jendela perpindahan pemain yang ditutup 31 Ogos lalu.
  • PENCETAK gol untuk pasukan Manchester United (MU), Wayne Rooney akhirnya kembali ke kelab lamanya, Everton.
  • WAYNE Rooney dilaporkan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan sedia menyertai Everton dari Manchester United.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.