SKUAD remaja negara meneruskan aksi cemerlang selepas semua tujuh pemain mara ke pusingan keempat Kejohanan Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Khamis.

Juara remaja dunia 2015, yang merupakan pemain pilihan ketiga Goh Jin Wei hanya mengambil masa 17 minit untuk mengetepikan Zecily Fung dari Australia; 21-5 dan 21-6 pada pusingan ketiga acara perseorangan wanita, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Sementara itu pemain muda meningkat naik, Aidil Sholeh Ali Sadikin, sebaliknya terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawannya, Park Hyeon Seung dari Korea Selatan; 19-21, 21-17 dan 21-18 dalam acara perseorangan lelaki.

Rakan sepasukannya, Ng Tze Yong memberikan kejutan menumpaskan pilihan ke-13, Lukas Recsh dari Jerman; 21-17, 16-21 dan 21-13.

Bagaimanapun, kedua-dua beregu lelaki Malaysia kecundang pada Selasa selepas ditewaskan oleh lawan masing-masing pada pusingan kedua. - Bernama

KEPUTUSAN

Beregu Campuran:

Chia Wei Jie-Toh Ee Wei mn Ethan Van Leeuwen-Annie Lado (ENG) 21-8, 21-9

Choong Hon Jian-Pearly Tan Koong Le mn Ko Shing Hei-Leung Yuet Yee (HKG) 22-20, 21-17

KEPUTUSAN

Perseorangan Lelaki:

Aidil Sholeh Ali Sadikin mn Park Hyeon Seung (KOR) 19-21, 21-17, 21-18

Ng Tze Yong mn [13] Lukas Recsh (GER)  21-17, 16-21, 21-13

Perseorangan Wanita:

[3] Goh Jin Wei mn Zecily Fung (AUS) 21-5, 21-6

Eoon Qi Xuan mn [8] Purva Barve (IND) 21-15, 21-10

Beregu Wanita:

[3] Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei mn Benyapa Aimsaard-Peeraya Khantaruangsakul (THA) 29-27, 21-15

Beregu Campuran:

Choong Hon Jian-Pearly Tan Koong Le mn Tsubasa Kawamura-Chihiro Uchiyama (JPN) 21-12, 21-13

Chia Wei Jie-Toh Ee Wei mn Ratchapol Makkasasithorn-Pornnicha Suwatnodom (THA) ;21-12, 15-21, 21-9

Nota:

Kesemua pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [  ] menandakan pemain pilihan)