LIVERPOOL enggan melayan rayuan Philippe Coutinho yang meminta dijual ke kelab lain.

Pemain tengah Brazil itu mengemukakan permintaan rasmi untuk berpindah lewat petang kelmarin.

Coutinho sebelum ini menjadi buruan Barcelona dan pemilik Liverpool, Kumpulan Fenway Sports (FSG) yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menjelaskan bahawa pemain itu akan kekal di Anfield apabila jendela perpindahan musim panas ditutup.

Coutinho yang menyertai Liverpool dari Inter Milan dengan nilai RM47.34 juta pada 2013, menandatangani kontrak lanjutan lima tahun di Anfield pada Januari lalu yang tidak memiliki klausa pembelian untuk keluar.

Barcelona mahukan Coutinho untuk menggantikan Neymar yang berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) awal bulan ini dengan yuran memecah rekod dunia iaitu RM1012 bilion.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS pemain Liverpool, Luis Garcia percaya Philippe Coutinho mampu memacu kejayaan The Reds musim ini.
  • PHILIPPE Coutinho dikhabarkan menjadi sasaran utama Barcelona pada jendela perpindahan kali ini dan kelab Catalan itu, dikhabarkan sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan pemain asal Brazil tersebut.
  • PEMAIN Liverpool, Philippe Coutinho enggan mengulas panjang mengenai khabar angin yang mengaitkan perpindahannya ke Barcelona.
  • PRESTASI terbaik pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho dikatakan telah diintai gergasi bola sepak Eropah, Barcelona.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.