“KAMI tidak mahu terganggu isu stadium yang hangat diperkatakan sekarang ini”.

Demikian komen pengendali Selangor, P Maniam apabila diminta mengulas kemelut venue perlawanan Selangor yang masih belum menemui penamat.

Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan Stadium Nasional itu tidak seharusnya digunakan untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Maniam berkata, beliau enggan mencampuri urusan tersebut sebaliknya menyerahkannya kepada pengurusan.

“Buat masa ini, kami mahu fokus latihan persiapan saingan Liga Super.

“Kami tidak mahu terbeban dengan segala isu yang berlaku sekarang kerana pada akhirnya saya tahu kami tetap akan ada stadium sebagai home ground’ kami.

“Tidak kisahlah di Bukit Jalil atau mana-mana tempat, asalkan kami boleh beraksi dalam saingan liga,” katanya.

Mengulas persiapan pasukannya, Maniam berkata, skuadnya giat menjalani latihan bagi aksi persahabatan menentang Marcerra United, Khamis ini.

Katanya, dua pemain importnya Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn akan kembali menjalani latihan bersama pasukan esok.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELEPAS mencatat kemenangan pertama ke atas Kuala Lumpur pada aksi tempat lawan di Stadium KLFA Cheras minggu lalu, Selangor kini mengharapkan tuah kedua stadium itu sebagai gelanggang rasmi baharu mereka apabila bakal menjamu kehadiran Melaka United di sana esok.
  • WALAUPUN dilanda pelbagai konflik dalaman terutama membabitkan isu stadium tidak langsung memberi kesan kepada pasukan Selangor untuk menundukkan seteru Lembah Klang, Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, kelmarin .
  • PENGENDALI Selangor, P Maniam berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan pertahan import barunya, Willian Pacheco dalam aksi persahabatan bertemu Terengganu FC II, kelmarin.
  • "BERTENANG...Itu cuma perlawanan persahabatan". Itu reaksi pengendali Selangor, P Maniam mengulas keputusan perlawanan persahabatan yang menyaksikan Gergasi Merah dimalukan MISC-Mifa 1-5 kelmarin.