ISU mutu pengadilan perlawanan di antara Kedah dan T-Team turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyerahkan sepenuh kepada pengurusannya untuk membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau yang turut mengikuti perlawanan tersebut berkata, rata-rata penyokong tidak berpuashati dengan tindakan pengadil, J Suresh yang melayangkan kad merah kepada pertahanan Hijau Kuning, Rizal Ghazali.

"Saya serahkan kepada pengurusan dan jurulatih (untuk membuat aduan) mengenai pengadil tersebut kerana banyak orang tidak puas hati dengan dia.

"Tapi saya tak mahu ulas tentang dia dan serahkan sepenuhnya kepada KFA untuk menentukannya," katanya.

Ahmad Bashah bagaimanapun mahu penyokong Hijau Kuning kembali berlapang dada dan fokus memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Katanya, kekalahan pertama kali pada musim ini tidak seharusnya melunturkan semangat penyokong untuk berdiri teguh di belakang pasukan.

"Sudah berapa kali kita menang, sekali kalah janganlah kita luntur semangat, penyokong setia mesti terus sokong, sekali kalah bukan kita akan kalah selama-lamanya kerana adat pertandingan ada kalah, ada menang," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengadil didakwa 'bunuh' semangat Kedah]

Tegasnya, beliau juga tidak mahu isu ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe yang akan ke FAM sebagai penolong jurulatih negara menganggu tumpuan pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Malaysia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGARAH Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo memilih untuk berdiam diri ketika diminta mengulas keputusan satu mesyuarat khas FAM berhubung prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
  • PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan dua kelab yang akan beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
  • STATUS Lesen dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala AFC 2018 masih menjadi tanda sehingga hari ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka bakal mewujudkan Liga Divisyen Empat sebagai usaha produktif dalam memacu perkembangan pemain muda di negara ini, lapor SHAFIQ TINO.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.