MALAYSIA mengesahkan tempat ke perlawanan akhir ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium MBPJ Kelana Jaya petang ini.

Lawan yang menanti skuad negara ialah Singapura yang cemerlang menewaskan Kemboja di perlawanan terakhir pusingan round robin sebentar tadi.

Untuk rekod, pertemuan pertama kedua-dua pasukan semalam berakhir dengan keputusan Malaysia menang tipis 12-10 ke atas Singapura.