PENOLONG Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ismail Ibrahim berpuas hati prestasi pemainnya yang menewaskan Beoungket Angkor FC 3-0 di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, kelmarin.

Menurutnya, tiga mata itu merapatkan kedudukan JDT dengan Global FC yang juga memenangi perlawanan mereka.

"Ini adalah kemenangan bermakna  JDT. Terima kasih kepada semua pemain kerana memberikan aksi terbaik.

"Kami turun tanpa penyerang dan yang menjaringkan gol juga adalah pemain tengah kami," katanya.

Gol JDT dijaringkan Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor dan Gabriel Guerra.

Katanya, tindakan merehatkan beberapa tonggak utama juga tidak menjejaskan rentak persembahan  JDT selain pemain muda yang diturunkan mampu beraksi dengan baik.

"Hari ini juga kami merehatkan kapten pasukan kerana kami mempunyai perlawanan penting selepas ini.

"Kami telah memberikan peluang kepada semua pemain muda kami untuk bermain. Penjaga gol kami baru berusia 19 tahun, begitu juga dengan pemain pertahanan kami Dominic Tan yang juga baru berusia 19 tahun," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membayangkan laluan sukar terpaksa ditempuhi juara Liga Super itu selepas diundi menentang Perak di separuh akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pertengahan Oktober depan.
  • JUARA bertahan, Kedah dan juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah slot empat terbaik Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada suku akhir kedua, sebentar tadi.
  • TUNKU Mahkota Johor TMJ Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menegaskan tiada bayaran yang dikeluarkan oleh pihaknya berhubung 'kemunculan' nama Kelab JDT yang tertera di Stadium Stamford Bridge.
  • Johor Darul Ta'zim (JDT) kini akan memberi tumpuan kepada saingan Piala Malaysia 2017, selepas sasaran menjuarai Liga Super berjaya dicapai.
  • HUJAN lebat tidak menghalang lebih 10,000 penyokong tegar Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk berhimpun di dataran bandaraya, di sini bagi meraikan kejayaan pasukan berkenaan menjulang trofi Liga Super buat kali keempat berturut-turut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.