TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Projek Golf Tunas Bestari, inisiatif TSM Charity Golf, khusus untuk memberi peluang kepada generasi muda kurang berkemampuan mengasah bakat dalam sukan itu.

Muhyiddin yang juga penaung TSM Charity Golf berkata, menerusi projek itu, mereka yang berminat dan mempunyai bakat dalam sukan berkenaan tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menyertai sukan berkenaan yang dianggap sebagai sukan mahal.

“Ini adalah inisiatif baharu oleh TSM Charity Golf untuk melahirkan bakat dan tunas muda dalam kalangan anak-anak kita, yang sama ada berada dalam sistem persekolahan ataupun di luar," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek berkenaan dan DRB-Hicom TSM Golf Challenge 2015 di Kelab Golf Glenmarie & Country, di sini, semalam.