PRESIDEN  Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan mempertimbangkan untuk menukar gelaran nama The Red Warriors (TRW).

Hasrat itu diluahkan Bibi  dengan harapan untuk memberikan  semangat dan nafas baharu dalam sukan bola sepak negeri ini.

"Saya berhasrat menggunakan nama yang mempunyai hubungkait dengan nama negeri ini.

"Saya yakin dan percaya nama baharu ini mampu memperkasakan lagi pasukan Kelantan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia tahun hadapan," katanya kepada pemberita, semalam.

Nama TRW mula digunakan pada 2008 setelah Tan Sri Annuar Musa mengambil alih kerusi presiden Kafa.

Dalam perkembangan sama, Bibi Ramjani berkata, kujungannya ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat dalam pentadbiran Kafa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IMPIAN Kelantan menjulang piala pertama tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada Ratchaburi FC pada perlawanan Piala Super Cup Boost Super Fix di Stadium Bukit Jalil, sebentar tadi.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia untuk meminjamkan enam pemainnya kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit, sebagai langkah mengurangkan kos pembelanjaan persatuan itu musim ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminjamkan enam pemain mereka kepada pasukan lain, pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengikat Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes bagi tempoh setahun sekali gus melengkapkan kuota pemain import skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
  • BEKAS pemain antarabangsa Indonesia, Ferdinand Sinaga menjadi buruan terbaharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk memperkuatkan Kelantan, pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.