PKNP FC mengesahkan slot ke saingan Piala Malaysia 2017 apabila menewaskan PDRM 2-1 pada aksi 100 Plus Liga Premier, di Stadium Perak, malam tadi

PKNP FC bermula garang sebaik wisel pemulaan bagi meledak jaringan pembukaan.

Hasilnya, dalam usaha mengekang asakan PKNP FC, pertahanan pelawat tertolak bola ke gawang sendiri untuk gol sulung perlawanan pada minit ke-24.

Bagaimanapun, kapten PDRM, Mohd Safuwan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-82.

Kapten PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Mohd Fauzi kemudiannya muncul wira apabila bijal memanfaatkan oeluang di depan gawang lawan bagi meledak gol kedua yang juga gol kemenangam pasukan.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.