KESEBELASAN skuad PKNP FC diingatkan untuk memberikan aksi maksimum pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, malam esok.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, biarpun beraksi di gelanggang lawan, namun kesebelasan pemain diharap dapat mempamerkan semangat juang tinggi untuk menyaingi skuad The Fighters itu.

“Perlawanan suku akhir Piala Malaysia berdepan Felda United ini pastinya sukar. Oleh itu, pemain diingatkan untuk memberikan persembahan yang maksimum.

“Kebolehan, semangat juang serta karakter yang tinggi dalam setiap pemain perlu dimanfaatkan sebaiknya  untuk berdepan tentangan sengit mereka (Felda United).

“Mengikut pengamatan saya, Felda United adalah pasukan yang serba lengkap, dengan dua pemain import, dua pemain naturalisasi selain pemain tempatan yang hebat dan dikendalikan oleh jurulatih cukup berpengalaman. Jelas, kami perlu sentiasa berwaspada,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.