• Ceria...Chong Wei (dua, kanan) bersama skuad negara yang muncul juara Piala Axiata 2013 selepas menundukkan Thailand 3-1, kelmarin. Ceria...Chong Wei (dua, kanan) bersama skuad negara yang muncul juara Piala Axiata 2013 selepas menundukkan Thailand 3-1, kelmarin.
1 /

"KITA sudah bersedia." Demikian reaksi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengenai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Sudirman bermula 19 hingga 26 Mei depan.

Chong Wei yang membantu Malaysia menjuarai Piala Axiata buat pertama kali di Stadium Badminton Cheras, kelmarin berkata, motivasi rakan-rakannya berada di tahap tertinggi selepas menundukkan Thailand di final.

Menurutnya, kejayaan julung kali itu menyuntik semangat negara untuk memburu sekurang-kurang tempat ke separuh akhir.

"Apa yang penting sekarang skuad negara perlu meningkatkan lagi aspek kecergasan dan semangat berpasukan serta perlu mengelak daripada sebarang kecederaan yang boleh mengganggu prestasi masing-masing," katanya.

Kejohanan Piala Sudirman yang kini memasuki edisi ke-13 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ini merupakan julung kalinya Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan campuran dunia itu.

Sejak diperkenalkan pada 1989, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan itu ialah separuh akhir pada edisi 2009 di Guanzhou, China.