JUARA bertahan, Kedah dan juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah slot empat terbaik Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada suku akhir kedua, sebentar tadi.

Kedah merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor di Stadium Darul Aman untuk mara dengan keputusan agregat 4-2.

JDT yang menurunkan barisan kedua di Larkin pula sekadar terikat 1-1 dengan Melaka United, namun tetap layak berdasarkan kemenangan agregat 5-2.

Sementara itu aksi di Stadium Shah Alam menyaksikan kebangkitan Felda United apabila memadam kelebihan defisit gol PKNP FC dengan kemenangan agregat 5-4.

Dalam pertemuan itu, anak buah B Sathianathan menang 4-1.

Aksi di Stadium Perak juga tidak kurang hebatnya apabila skuad The Bos Gaurus menjinakkan Pahang dengan kemenangan 4-0 untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 5-3.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JUARA tujuh kali, Perak dan Felda United gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mencatat keputusan seri 1-1 berdepan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.
  • JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akan cuba mencari bekalan selesa pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan Perak di Ipoh, malam esok, lapor MOHD FIRDAUS YON.
  • TIMBUL spekulasi bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz kononnya akan kembali menyarung jersi Harimau Selatan, lapor MOHD FIRDAUS YON
  • PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengakui kesilapan pertahanan menjadi punca mereka tewas mengejut kepada Felda United 2-3 di Stadium Shah Alam, malam semalam.
  • TERKEJUT! Itu reaksi Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian dengan kenyataan sebuah akhbar tempatan berhubung aksi Perak dan JDT yang dijangka ‘panas’ pada saingan separuh akhir TM Piala Malaysia 2017 kelak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.