PENYANDANG juara Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT) membuktikan mereka dalam kelas tersendiri di arena bola sepak tempatan apabila mengekalkan kejuaraan liga buat kali kelima berturut-turut selepas menewaskan Perak 2-1 di Ipoh, sebentar tadi.

Bagaimanapun aksi di Stadium Perak itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa menunggu babak kedua bagi memecah kebuntuan.

The Bos Gaurus terlebih dulu merobek gawang pelawat minit ke-72 hasil jaringan Norhakim Hassan sekaligus mengamatkan stadium.

Harimau Selatan yang tersentak dengan jaringan itu kembali menyusun rentak berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil tandukan Harris Harun minit ke-74.

Gol penyamaan itu kembali menyemarakkan kesebelasan pelawat mengasak ke gawang Perak dan hasilnya Sapawi Rashid berjaya menanduk masuk gol kedua minit ke-83.